
Keratan penuh yang aku ambil dari blog Mr Bean pembangkang:
Jumaat, 2009 November 13
1Malaysia: Lagi bukti rakyat diperbodohkan(OLEH PEMBANGKANG)
Oleh : AngkasanuriSelama ini rakyat miskin pastinya merasa sedikit lega kerana pengumuman Skim Baucar Subsidi Beras (SUBUR) seperti yang diumumkan oleh Kerajaan 1Malaysia. Maka bermacam-macam pujian bahawa ini bukti kerajaan mengutamakan dan mendahulukan rakyat.
Tetapi semua itu rupa-rupanya hanya retorik dan satu lagi agenda membodohkan rakyat. Tembelang itu pecah apabila wakil Rakyat Pas Titiwangsa Dr. Lo'Lo Ghazali mempertikaikan keperluan mendapatkan tanda tangan Ketua Bahagian Umno dalam borang SUBUR.
Pendedahan ini menyebabkan berlaku perang mulut di antara Datuk Noh Omar Kementerian yang bertanggungjawab program Subur dengan wakil dari Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini.
Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) turut mempertikaikan syarat berkenaan dengan bangun menunjukkan borang dan mendakwa di kawasan Taiping, permohonan baucer Subur hanya akan diluluskan kepada orang Umno sahaja.
Apakah Umno sudah terlalu mabuk kuasa atau takut hilang kuasa dan sokongan rakyat sehingga terpaksa guna kaedah ini untuk memaksa rakyat menyokong mereka? Apakah Umno tak tahu nak beza duit kerajaan daripada pembayar cukai dengan duit Umno?
Awal-awal lagi saya menjangkakan bahawa idea 1Malaysia cuma retorik dan idea terdesak untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno@BN. Lihatlah apa yang Datuk seri Najib beritahu pada Cuepacs bila kerajaan tak nak beri bonus. Ekonomi gawat, kerajaan perlu berjimat cermat...Untuk berbilion ringgit untuk Pasukan Formula 1Malaysia ada pulak duit...Oh ya lupa...1Malaysia....Rakyat didahulukan....
**************************************************************************************
Kerajaan 1Malaysia: Kerajaan Barisan Nasional Kupon SUBUR: Ilham kerajaan 1Malaysia=Kerajaan Barisan Nasional Gila Kuasa? Tidak!!!! Mengekalkan Kuasa?=YA! Rakyat yang menyokong wajar menerima kupon SUBUR Pembangkang? HOI! TAK MALU KA???DAH TAHU MEMANG KERAJAAN LA NI KERAJAAN BARISAN NASIONAL, TAKKAN NAK SOROK BENDA BAIK YANG KERAJAAN BARISAN NASIONAL BUAT? Bangkang=tidak mahu. Tidak mahu Barisan Nasional = tidak mahu SUBUR. So..pembangkang dok hingaq apa? hangpa atoq la subsidi kepala lembu ka, subsidi arak ka waima subsidi beras sekalipun kat penyokong hangpa kalau dah kata tak mau SUBUR!!! RAKYAT YANG MAHU SUBUR BERERTI RAKYAT YANG MENYOKONG DASAR DAN BANTUAN KERJAAN BARISAN NASIONAL....Tak payah berselindung lagi..... BONUS? Kakitangan Awam sepatutnya bersama-sama dengan kerajaan untuk membantu rakyat yang kini semakin ramai kembali menyokong kerajaan Barisan Nasional. SUBUR adalah sebahagian kecil pengorbanan kakitangan awam untuk sumbangan besar kepada rakyat jelata yang kini telah kembali menyokong dasar-dasar mesra rakyat. SUBUR bukan retorik, tetapi adalah realiti dari kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat yang semakin ramai kemblai menyokong Kerjaan Barisan Nasional. Yang beretorik ialah pembangkang. Mereka akan terus menyalakkan bangkangan.... DAN AMAT WAJAR BARISAN NASIONAL SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN MENDEDAHKAN SEJELAS-JELASNYA KERJA-KERJA MEMBANTU RAKYAT. TIDAK NANTI, DEPA PULA YANG DOK AMBIL KREDIT KATA PARTI KARAT DEPA YANG USAHA.....
Walaupn nampak seperti tak dak teloq ketika berhadapan dengan Saiful, bila berhadapan dengan H2N1, tiba-tiba telog yang terseghot kedalam kembali turun kekerandut......
Dan sudah tentu LKS serta konco-konco mereka mengangkat kedua-dua ibujari ketika mendengar kata-kata dari mereka yang mendapat peluang untuk bergaya dihadapan mikropon diatas pentas bahawa PAS perlu mengukuhkan ikatan sesama PR walaupun salah seorang jurucakap mengulangi kata-kata Haji Hadi mengenai mati menentang UMNO adalah syahid lalu disambut dengan "TAKEBEER".

Pada malam ini, seluruh negara Thailand dan dimana sahaja masyarakat Siam tinggal akan diadakan pesta tahunan ini. Pada tahun ini Pesta berkenaan akan di adakan diWat Siam Kamgpung Begia Sik(Peringkat negeri Kedah dan dimaklumkan akan dirasmikan oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang memegang portfolio Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan.
Acara akan diadakan pada sebelah malam. Silalah datang beramai-ramai sebagai lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
**Sedikit latarbelakang berkenaan LOY KRATHONG yang dipetik dari pekemas:
Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Loy Krathong kepada semua masyarakat Siam di seluruh negara. Semoga perayaan tahun ini kita semua diberkati.
Jemputlah hadir beramai-ramai ke Wat Thepsuwannaram, Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah pada malam ini. Anda akan terhibur dengan persembahan band daripada kumpulan para remaja Siam..
Krathong disediakan oleh pihak penganjur dengan harga RM10.00 / satu krathong. Pembelian setiap Krathong akan diberi 2 tiket cabutan bertuah. Hadiah agak lumayan. Hasil yang diperolehi akan digunakan untuk pembangunan Sekolah Bahasa Thai Wat Thepsuwannaram.
Jangan lepaskan peluang ini, datanglah beramai-ramai. Pesta Loy Krathong hanya sekali dalam setahun iaitu pada Wan Phen Dean Sip Song bersamaan 2 November 2009 pada tahun ini. Penganjuran pada hari lain adalah bertujuan untuk mencari keuntungan bukannya untuk memelihara keunikan kebudayaan kita.
Asal-usul Pesta Loy Krathong
Walaupun Loy Krathong hanya tradisi yang tak ada kaitan dengan agama secara langsung, tapi masyarakat Siam lazimnya akan berkumpul di wat pada malam "wan phen dean sip song" sebelum ke sungai untuk menghanyutkan krathong.
Sesetengah wat menganjurkan Pesta Loy Krathong secara besar-besaran. Meriah sekali. Kita patut berbangga kerana dapat mempertahankan tradisi ini sehingga ke hari ini.
Orang Siam mempunyai beberapa versi tentang asal-usul Loy Krathog tapi yang diterima secara meluas ialah versi Sukhothai. Pesta Loy Krathong telah diadakan sejak beratus-ratus tahun dahulu sejak zaman Sukhothai. Pada malam bulan purnama iaitu Wan Pen Dean Sip Song, Nang Nopphamar iaitu gundik Raja (Phra Ruang) telah mencipta Krathong dan dihanyutkan (Loy) ke dalam sungai berhampiran istana. Bila diketahui raja tentang keunikannya maka raja telah mengistiharkan Pesta Loy Krathong sebagai satu pesta kebudayaan masyarakat Siam dan dianjurkan sehingga ke hari ini.
Biar apapun kepercayaannya, kita wajib mempertahankan tradisi ini untuk diwarisi ke generasi akan datang.
Namun, sejak kebelakangan ini ada beberapa pihak telah menganjurkan Hari Loy Krathong bukan pada Wan Phen Dean Sip Song. Alasannya hendak mencari keuntungan tetapi tindakan tersebut telah mencemarkan keunikan kebudayaan kita sendiri.
Tadi aku terima SMS dari Izham Din, naib Ketua Pemuda UMNO cawangan Guaq yang difowardkan dari Ketua Bahagian UMNO Jerai, Dato' Suhaimi Abdullah yang baru selesai mesyuarat dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah memaklumkan bahawa Parlimen Jerai telah dipilih sebagai tuan rumah majlis berkenaan atas faktor cuaca.
Selepas itu aku cuba mendapatkan pengesahan dari UMNO Negeri dan memang benar bahawa Jerai menjadi Vanue baru.

Diharap blogger-blogger Kedah yang pro-UMNO/BN akan CnP logo BN MENANG KEDAH SENANG yang terdapat disebelah kanan atas blog ini untuk ditampalkan kepada blog masing-masing sebagai tanda menyokong usaha untuk mengembalikan Kedah kepada UMNO/BN.
Sementara itu satu majlis pelancaran secara resmi GERAKAN 1MALAYSIA Peringkat Negeri Kedah dengan tema BN MENANG KEDAH SENANG akan diadakan pada:
TARIKH: 12hb NOV 2009
JAM: 2.30 PETANG
LOKASI: PADANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN, TITI SERONG
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
(TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Seluruh rakyat Malaysia adalah dialu-alukan untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis perlancaran berkenaan yang diadakan secara terbuka.
**Sebahagian dari teks SMS berkenaan:
Salam...saya baru habis mesyuarat UMNO Negeri..oleh kerana kekerapan hujan diNegeri kedah dan banjir kecil berlaku diKuala Kedah maka lawatan Timbalan Perdana Menteri keKedah telah dipindahkan keJerai..saya mencadangkan ianya diadakan diSek Agama Yan, Titi Serong...Majlis tersebut ialah pd 12hb(2.30 ptg)KHAMIS ini....
Salam dan Terima kasih dpd Mohd Suhaimi Abdullah, Ketua Bahagian UMNO Jerai, 012-2**8*28.
s.k. YB DATO S/ PERHUBUNGAN UMNO NEGERI.
***SMS pengesahan:
Yup, ke sek agama yan. Pdg sekolah seri pantai boleh buat pesta air.
Malam tadi, pada pukul 9.00 Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Subsidi Beras Untuk Rakyat sebagai saluran untuk rakyat mudah mendapatkan beras bergred 15.
Keperihatinan Kerajaan dibawah kepimpinan beliau untuk membantu rakyat diharap dapat benar-benar membuka mata seluruh rakyat Malaysia akan kesungguhan beliau dalam mengutamakan kebajikan rakyat disamping meneruskan usaha-usaha pembangunan negara.
Sudah tentunya dipihak pemimpin parti pembangkang melihat usaha ini dari sudut negatif, dan akan terus mencipta isu bagi memperlihatkan seolah-olah ada kelemahan terhadap apa sahaja usaha baik oleh Kerajaan BN dibawah kepimipnan Dato' Seri Najib.
Kenderaan yang berumur lebih dari 15 tahun tidak wajib diperiksa oleh PUSPAKOM pada waktu ini sehingga Kementerian Pengangkutan Awam merangka DASAR TEMPOH JANGKA HAYAT KENDERAAN. Pengumuman Dasar Automotif Negara tidak langsung menyatakan bahawa kenderaan-kenderaan tersebutwajib diperiksa mulai 1/1/2010.
DASAR TEMPOH JANGKA HAYAT KENDERAANhanya akan diluluskansetelah mendapat pandangansemua pihak termasuk NGO seperti Persatuan Pengguna. Oleh itu rakyat tidak perlu khuatir. Kepentingan rakyat sentiasa didahulukan. Info diterima dari Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
Diharap blogger-blogger Kedah yang pro-UMNO/BN akan CnP logo BN MENANG KEDAH SENANG yang terdapat disebelah kanan atas blog ini untuk ditampalkan kepada blog masing-masing sebagai tanda menyokong usaha untuk mengembalikan Kedah kepada UMNO/BN.
Sementara itu satu majlis pelancaran secara resmi GERAKAN 1MALAYSIA Peringkat Negeri Kedah dengan tema BN MENANG KEDAH SENANG akan diadakan pada:
PERASMIAN AKAN DILAKUKAN OLEH:
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
(TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA)

Akhirnya ujud juga blog PemudaUMNO jerai setelah aku tunggu-tunggu kesekian lamanya.... Tetapi bak daun dipohon, kehadiran blog Pemuda rupanya bagai mengganti blog Puteri UMNO Jerai yang layu tak berbaja lebih dari tiga bulan selepas dipersembahkan kedunia maya.
Umpama patah tumbuh hilang berganti, aku harap blog Pemuda akan sentiasa diisi dengan maklumat-maklumat yang boleh membantu UMNO BAHAGIAN JERAI terutamanya dan UMNO Malaysia khasnya sebagai menyokong dan mendokong wawasan 1Malaysia ilham dari DSNTR, PM kita.
Blog ini bibangunkan pada bulan 26hb Ogos 2009, sempena menyahut bulan kemerdekaan dengan posting sulungnya berkenaan PRK Permatang Pauh.
Cuma aku nak komen pasal blog title, lebih releven jika title blog ditukar dari PEMUDA PEMBELA BANGSA DAN AGAMA kepada PEMUDA UMNO JERAI dan jadikan PEMUDA PEMBELA BANGSA DAN AGAMA sebagai tagline, supaya bila digoogle nanti akan lebih mudah dikesan oleh injin pencari.....
Tahniah kepada NKPBUJ, Mat Jun kerana anugerah yang diterima......
**Hmmm....nak komen lebih-lebih nanti kena penumbuk pulak........he he he.......



